HOME

2011年11月28日星期一

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual

How to Draw a Manga Eye, Line by Line

CATAN ( BUAH EPAL )
LANGKAH 1 : Membuat lakaran dengan pensel
LANGKAH 2 : Keluarkan keluarga warna merah untuk mewarna buah epal. Bagi menghasilkan tona warna mulakan dengan warna yang paling gelap ( merah tua )
LANGKAH 3 : Kemudian diikuti dengan warna merah yang berikutnya ( merah yang sedikit cerah ).
LANGKAH 4 : Akhir sekali dengan warna putih. Kemudian warnakan latar belakang.
LANGKAH 5 : Bagi daun pula, gunakan keluarga warna hijau. Ulangi proses yang sama seperti langkah yang terdahulu.
LANGKAH 6 : Akhir sekali bagi menghasilkan kemasan, ulangi garisan lakaran dengan warna hitam.
RESIS ( BATIK TRADISIONAL )
LANGKAH 1 : Lakarkan corak batik bermotifkan bunga dan daun dengan imaginasi sendiri atau dilihat dari corak-corak dari sumber lain.
LANGKAH 2 : Warnakan bunga-bunga batik dengan warna pastel.
LANGKAH 3 : Ikut bahagian tepi lakaran dengan menggunakan pastel warna putih / lilin.
LANGKAH 4 : Warnakan latar belakang corak dengan warna air yang kontra bagi menghasilkan corak yang menarik.
Aktiviti ini sesuai dijalankan oleh murid tahap 2 dengan menggunakan bahan dan alat seperti kertas lukisan, warna pastel, cat air dan lilin. Dengan menggunakan kreativiti sendiri, murid dapat menghasilkan corak batik seperti hasil kerja di atas dengan menggunakan teknik resis.

2011年11月8日星期二